ppn portal rasmi pelan pemulihan negara

  • Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah ‘road map’ untuk mengawal wabak COVID-19 sambil membuka kembali masyarakat dan ekonomi secara progresif ke arah norma baharu
  • Fokus PPN ialah pembukaan berfasa masyarakat dan ekonomi yang dijangka berlangsung hingga Disember 2021
  • Namun, PPN bukanlah pelan yang terakhir dan statik untuk mengawal wabak COVID-19, tetapi pelan yang dinamik dan boleh ditambah baik mengikut keperluan berdasarkan bukti data dan sains terkini mengenai pendekatan dan metodologi yang berjaya
  • PPN dihasilkan untuk melonggarkan SOP PKP COVID-19 dengan cara yang melindungi kehidupan dan mata pencarian Rakyat di samping mencapai lima objektif berikut:
    1. Melindungi sektor kesihatan awam dengan mengawal penularan wabak, mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian
    2. Memastikan sistem kesihatan dapat menanggung beban secara mampan
    3. Memastikan kelancaran program imunisasi COVID-19 negara untuk melindungi rakyat
    4. Membuka semula ekonomi dan aktiviti sosial secepat mungkin
    5. Responsif dan fleksibel dalam persekitaran yang sentiasa berubah
  • Penilaian pengalaman global, dan nasihat WHO dalam membuka kembali ekonomi setelah wabak COVID-19, telah digunakan dalam perancangan PPN Malaysia
  • PPN telah dirancang berdasarkan enam prinsip utama berikut:
    1. Mengimbangi nyawa dan kehidupan
    2. Memberi kejelasan dan membina semula kepercayaan
    3. Mengambil pendekatan ‘Whole-of-Nation’
    4. Dinamik dan penyesuaian berterusan
    5. Berlandaskan sains dan data
    6. Asas kepada pemantauan prestasi
  • Kerajaan akan menggunakan set maklumat yang dikongsi untuk menentukan kesediaan pelonggaran SOP, yang dikenali sebagai ‘Common Operating Picture’ Malaysia
  • ‘Common Operating Picture’ menggabungkan data berdasarkan kemajuan lima objektif PPN yang akan dipantau di peringkat negeri
  • Ia membentuk dasar bersama yang akan digunakan oleh kerajaan untuk membuat keputusan mengenai pelonggaran SOP. Ia akan dikemas kini dan diterbitkan setiap minggu
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai ‘Common Operating Picture’, sila rujuk ke Laporan PPN yang terdapat di Portal PPN
  • Mengikut salah satu ciri utama perancangan PPN, kejayaan PPN adalah berdasarkan pendekatan ‘Whole-of-Nation’ untuk menangani wabak COVID-19
  • Malaysia tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan Rakyat dalam membendung penyebaran COVID-19
  • Setiap bahan PPN dibentuk berdasarkan persona Rakyat untuk memenuhi keperluan khusus mereka, dan bahan PPN saling melengkapi antara satu sama lain. Bahan-bahan PPN adalah:
    1. Infrografik Bacaan Mudah PPN, yang memberikan maklumat ringkas yang tepat, disasarkan kepada Rakyat yang ingin ketahui apa yang boleh dilakukan oleh Rakyat sekarang
    2. Portal PPN, yang merupakan laman web yang unik dan intuitif, mengandungi maklumat asas bagi Rakyat yang ingin merancang aktiviti kehidupan seharian mengikut pelonggaran SOP aktiviti-aktiviti, dan memahami bantuan kerajaan
    3. Laporan PPN, yang memberikan maklumat yang komprehensif dan terperinci, disasarkan kepada Rakyat yang ingin memahami dengan lebih lanjut NRP secara keseluruhan
  • Semua bahan PPN ini bersifat dinamik dan hanya menggambarkan keadaan semasa pada saat penerbitan.
  • Seiring dengan perkembangan keadaan, rancangan dan langkah-langkah yang diterbitkan akan diperbaharui secara progresif berdasarkan bukti data dan sains mengenai situasi semasa dan penilaian pelbagai senario perancangan
  • Tiga indikator nilai ambang utama PPN telah dikenal pasti bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai kemajuan negara dalam membuat keputusan mengenai pelonggaran SOP
  • Indikator nilai ambang utama adalah:
    1. Purata kes harian COVID-19, yang memberikan petunjuk mengenai kadar penularan
    2. Penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), yang merupakan petunjuk mengenai keupayaan sistem kesihatan untuk bertindak balas
    3. Peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya, digunakan sebagai metrik utama untuk memantau perkembangan vaksinasi
  • Kerajaan akan menggunakan data dari indikator nilai ambang utama ini untuk mempertimbangkan pelonggaran SOP berdasarkan ‘road map’ PPN empat fasa
  • Terdapat empat fasa dalam ‘road map’ PPN yang bertujuan untuk melonggarkan SOP PKP di Malaysia
  • Pelan empat fasa ini menetapkan garis panduan untuk setiap fasa, serta tiga nilai ambang yang merupakan indikator untuk mempertimbangkan peralihan fasa
  • Fasa-fasa akan diterapkan di peringkat negeri dan peringkat negara kerana risiko virus berkemungkinan mempunyai variasi tinggi berdasarkan lokasi
  • Semasa membuat analisis di peringkat negeri, nilai ambang akan diterjemahkan ke tahap yang setara kepada negeri tersebut
  • Tiga nilai ambang yang telah ditakrifkan akan digunakan sebagai petunjuk awal untuk peralihan fasa dan pelonggaran SOP dipertimbangkan
  • Sebelum peralihan ke fasa seterusnya, kerajaan akan menilai bukti data dan sains ‘Common Operating Picture’ secara berkeseluruhan untuk menilai risiko berdasarkan tiga nilai ambang tersebut
  • Dilaksanakan pada 12 Mei 2021, Fasa 1 adalah fasa dengan SOP yang paling ketat. SOP Fasa 1 diperkenalkan ketika penuluran virus bertahap tinggi, dan proses vaksinasi baru bermula
  • Contohnya, Fasa 1 adalah apabila kes baru harian di peringkat nasional mencecah 4,000 kes, dan proses vaksinasi yang hanya bermula, meletakkan tekanan tinggi pada keupayaan tindak balas sistem kesihatan
  • Selama fasa ini, SOP bertujuan mencegah penuluran virus dalam populasi yang belum divaksinasi
  • Fasa 2 akan memperkenalkan perlonggaran beberapa SOP dari Fasa 1
  • Contohnya, Fasa 2 adalah apabila terdapat antara 2,000-4,000 kes baru harian, kapasiti ICU tahap sederhana dan sekurang-kurangnya 10% populasi dewasa sudah divaksinasi
  • Pemantauan yang ketat diperlukan pada fasa ini untuk memastikan situasi tidak mengembali ke fasa sebelumnya, yang akan semakin memperburuk ekonomi dan sistem kesihatan
  • Fasa 3, penyebaran virus akan mula dikawal, dan yang pentingnya, tahap vaksinai akan mendekati tahap yang mencukupi untuk melonggarkan SOP
  • Contohnya, apabila kes baru harian antara 500-2,000, sistem akan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk mengawal kadar transmisi, dengan kapasiti ICU pada tahap yang memadai. Proses vaksinasi akan dilakukan dengan pantas, dan kadar populasi dewasa yang diberikan vaksin haruslah melebihi 40%
  • Pemantauan yang ketat masih diperlukan pada fasa ini untuk memastikan situasi tidak mengembali ke fasa sebelumnya
  • Fasa 4 merupakan peralihan kritikal untuk menuju ke norma baharu, di mana penuluran virus dikawal, kapasiti sistem mencukupi, dan kadar vaksinasi Rakyat tinggi
  • Contohnya, apabila kes baru harian kurang daripada 500 kes, kapasiti ICU pada tahap sederhana, dan lebih daripada 60% populasi dewasa diberi vaksinasi sepenuhnya
  • Selaras dengan perkembangan kajian tentang kesan vaksinasi dan imuniti, pemantauan kesan COVID-19 terhadap sistem kesihatan negara, seperti jumlah kes yang dimasukkan ke hospital dan jumlah kematian, mungkin lebih sesuai digunakan berbanding pemantauan kes baru harian
  • Konsensus terbaru di kalangan komuniti saintifik menyatakan bahawa COVID-19 tidak akan dibanteras pada masa terdekat. Ini bermaksud virus ini akan terus beredar di sekitar dunia sebagai penyakit endemic – sama seperti penyakit influenza
  • Namun, dengan imuniti yang mencukupi di dalam masyarakat, amalan kesihatan yang baik dan sistem amaran yang awal, ancaman virus COVID-19 dapat dikurangkan berbanding situasi semasa
  • Dalam konteks ini, kerajaan akan mengemaskini PPN secara progresif bagi menyediakan Malaysia untuk kehidupan norma baharu, dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik
  • Kerajaan sedang mencepatkan langkah-langkah untuk memperkuatkan sistem sistem kesihatan Malaysia berdasarkan tiga tonggak:
    1. Menghentikan rantaian penuluran dengan peningkatan pengujian, pengesanan hubungan dan pengasingan
    2. Mengurangkan morbiditi dan kematian melalui peningkatan keupayaan penjagaan kesihatan
    3. Melindungi kesihatan Rakyat secara keseluruhan dengan sokongan yang mencukupi untuk keperluan bukan COVID-19
  • Namun, usaha sejajar dari masyarakat diperlukan untuk tetap waspada dalam mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah penularan virus. Hanya apabila masyarakat dan kerajaan berusaha bersama, kehidupan dan kehidupan rakyat Malaysia dapat dilindungi
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, sila rujuk ke Laporan PPN yang terdapat di Portal PPN
  • Terdapat tiga tonggak strategi imunisasi COVID-19 yang digunakan sebagai panduan meningkatkan kadar vaksinasi:
    1. Memperoleh sumber vaksin strategik melalui rundingan dua hala dan pelbagai hala
    2. Mempercepat peluncuran dan pendaftaran vaksinasi dengan memastikan kesinambungan operasi, mengutamakan kelompok rentan, dan pengawalan penyuluran
    3. Menambah baik cara vaksinasi, dengan proses vaksinasi yang mudah dan efisien dan meningkatkan saluran pendaftaran
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, sila rujuk ke Laporan PPN yang terdapat di Portal PPN
  • Kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej bantuan kewangan dengan fokus untuk melindungi kesejahteraan hidup Rakyat untuk mengatasi kesan wabak COVID-19
  • Pakej-pakej ini, termasuk inisiatif di bawah Belanjawan 2021 (November 2020), Kumpulan Wang COVID-19 (November 2020), PRIHATIN (Mac 2020), PENJANA (Jun 2020), KitaPrihatin (September 2020), PERMAI (Januari 2021), PEMERKASA (Mac 2021) dan PEMERKASA + (Mei 2021)
  • Menyedari kesan pandemik COVID-19 terhadap kesejahteraan Rakyat, bantuan khas berjumlah RM15 juta juga telah diperuntukkan di bawah pakej PEMULIH untuk meningkatkan sokongan terhadap masalah kesihatan mental, dengan kerjasama NGO
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai bantuan kerajaan (bergantung pada kelayakan), sila layari Portal Manfaat Belanjawan 2021
  • Kerajaan telah menyediakan pelbagai program bantuan kepada perniagaan dan pekerja
  • Memberi keuntungan kepada 2.5 juta pekerja, Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) di bawah PEMULIH telah dilanjutkan dan diperluas dari inisiatif PSU 3.0 sebelumnya. Kerajaan juga akan meneruskan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0), di mana perusahaan mikro berhak mendapat pembayaran sekali RM500 pada September 2021 dan RM500 lagi pada November 2021
  • Oleh kerana pekerjaan sangat penting untuk memastikan kesinambungan jangka panjang Rakyat, pelbagai program Latihan ‘Reskilling and Upskilling’ dan inisiatif Penempatan Pekerjaan telah diperkenalkan untuk menambah banyak peluang pekerjaan. Program ini merangkumi Janapreneur, eRezeki dan GLOW
  • Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai bantuan kerajaan (bergantung pada kelayakan), sila layari Portal Manfaat Belanjawan 2021

Kekal Selamat